|
tak semua sempurna :)
Friday, January 25, 2013 | 8:46 PM | 0 star
Jangan Terlalu Mencari Kesempurnaan.....
jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail...
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia..
semula kedalam air begitu sahaja...
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya....
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia maseh hidup.
Begitulah jua...........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN.....
kepada seseorang....
Setelah ia mula MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
janganlah sesekali kamu MENINGGALKANNYA begitu sahaja.....
kerana dia akan TERLUKA OLEH kenangan bersamamu.....
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu..
Jika kamu menadah air biarlah berpada....
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.....
cukuplah sekadar KEPERLUANMU....
apabila sesekali ia retak....tentu sukar untuk kamu menampalnya semula..
akhirnya ia dibuang....
sedangkan jika kamu membaikinya ia munkin maseh dapat digunakan lagi..
Begitu juga kamu memiliki seseorang.....
TERIMALAH SEADANYA.....
janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTEMEWA....
anggaplah dia manusia manusia biasa....
apabila dia melakukan KESILAPAN kamu tidak boleh menerimanya..
akhirnya kamu KECEWA dan MENINGGALKANYA....
sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke AKHIRNYA....
jika kamu telah memiliki sepinggan nasi....
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
mengenyangkan...berkhasiat..
mengapa kamu berlengah dan cuba cari makanan yang lain..
terlalu ingin mengejar kelazatan....
kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya..
kamu akan MENYESAL...
begitu juga kamu telah bertemu dengan seseorang insan...yang pasti membawa KEBAIKAN,MENYAYANGIMU,MENGASIHIMU...
mengapa kamu berlengah lagi...
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain...
terlalu mengejar KESEMPURNAAN....
kelak, kamu akan KEHILANGANNYA...apabila dia menjadi milik orang lain..
kamu juga yang akan MENYESAL....
|